Quantcast
Channel: Gadis Misteri
Viewing all 189 articles
Browse latest View live

Anak Abby lahir

$
0
0
Kucing di rumah aku, ada tiga ekor kesemuanya. Apa yang uniknya, tiga ekor ini adalah tiga generasi. Keini si nenek, Abby anak kepada Keini, dan Miki adalah anak kepada Abby.





Keini si nenek yang dah berusia 8 tahun itu, sangat laju. Pantang pintu rumah dibuka, meluru dia masuk. Oh, biarkan dia, aku bukan mahu cerita pasal Keini hari ini..




Hari ini aku nak cerita mengenai Abby, yang selamat melahirkan tiga ekor anak siang tadi. Jadi kini kami ada enam ekor kucing kesemuanya.


Dari kiri, Miki, Keini dan Abby



Anak-anak Abby yang baru lahir tadi.
Belum mempunyai nama.



Cebisan Kenangan

$
0
0



Aku ada satu memori yang samar-samar. Ia berlaku ketika aku masih terlalu kecil. Mungkin belum masuk tadika lagi ketika itu. Di depan rumah Tok aku, aku menaiki basikal yang di bawa oleh seseorang. Jalan yang kami lalui adalah, dari depan rumah Tok sehingga ke masjid berdekatan, kemudian patah baik ke rumah Tok. Aku langsung tak ingat siapa orang itu. Sebelum menaiki basikal dengan orang itu, kakak ku kata, "Amna janganlah naik. Nanti jatuh." Tapi aku berkeras juga nak naik basikal. Akhirnya, bukan aku yang jatuh, tetapi selipar ku.

Ini apa yang aku lukis di tempat kerja tadi sambil-sambil mencari idea untuk kerja ku. Sila abaikan kesalahan proportion, figure, dan teknik warna dalam lukisan ini. Ini sekadar conteng-conteng sambil mengimbau memori lama.


Ilham

$
0
0
Asyik cerita pasal Tonah saja sebelum ni. Kali ni, nak cerita pasal kakak aku, Ilham. Aku ada seorang Kakak, namanya Ilham. Sebelum ni, pernah cerita mengenai dia di sini. Ilham berada di Sarawak, manakala aku di Bukit Jalil.

Pada suatu hari, aku mahu menelefon Umi yang berada di kampung halaman kami. Namun, setelah beberapa kali cuba menelefon, tidak berjaya juga. Hati aku terus menuduh, : "Ni mesti Ilham sedang call Umi..."











Begitulah kisahnya... Terasa bagai kalah kepada kakak sendiri. Sebab dia dapat menelefon Umi sebelum aku. Jadi, aku terus mendapat satu idea yang bernas. Aku nak cadangkan agar Umi pasang dua telefon di rumah. Barulah kami tak berebut untuk call Umi lagi. Tapi, idea itu tidak aku sampaikan kepada Umi. Sebab bila fikir-fikir semula, bagaimana Umi mahu menjawab dua panggilan dalam masa yang sama? Ish... Idea yang sungguh tak bernas.




Makan

$
0
0
Apabila makan kek atau kuih yang lembut-lembut, (Bahulu adalah kuih kegemaran aku) aku ada cara makan yang tersendiri. 


Aku suka cubit kuih itu terlebih dahulu, menggunakan kedua-dua tangan. Bukan apa, ini adalah cara aku menghargai teksturnya yang lembut. Kuih yang lembut, bukan hanya sedap dimakan, malah sedap untuk dicubit dengan tangan.



Tiba-tiba, aku terdengar perbualan seorang ayah kepada anak kecilnya...





Ramadhan datang lagi

$
0
0




Masih ingat lagi... Ramadhan tahun lepas, aku menghabiskan hari-hari terakhirku sebagai pelajar UiTM. Aku dan rakan-rakanku telah tamat Degree Show, tapi masih berada di UiTM kerana thesis belum siap. Aku masih ingat bagaimana kami curi-curi makan kerana maklumlah, perempuan ada hari-hari yang tak boleh puasa. Aku ingat lagi, bagaimana kami berbuka puasa, bersama rakan-rakan sekelas yang juga belum pulang ke kampung kerana menyiapkan thesis juga. Aku ingat lagi, di bulan yang mulia itu, kami curi-curi menetap secara haram di kolej Seroja kerana sepatutnya kolej sudah perlu dikosongkan kerana semester telah tamat.

Itu cerita puasa tahun lepas. Puasa tahun ini, segala-galanya baru bagiku. Bukan lagi berstatus pelajar. Sudah mempunyai kerja. Rakan-rakan sekeliling semuanya lain. Tak sama seperti rakan-rakanku di UiTM. Tempat juga tempat yang asing bagiku. Aku sangka aku berada di luar negara, kerana terlalu ramai bukan warganegara di sini. Tak sangka, setahun telah berlalu. Tahun lepas masih dikira pelajar, tahun ini, bukan lagi.

Apa yang pasti, walaupun tahun ini tidak sama seperti tahun lepas, tapi aku masih membawa azam yang sama untuk tahun ini. Dalam bulan Ramadhan, aku mahu menjadi lebih baik, dan baik itu kekal walaupun Ramadhan telah habis. Bukan baik sebulan, selepas itu berubah kembali kepada diri yang lama. Rugi saja..

Selamat menyambut bulan Ramadhan, banyakkan ibadah, kurangkan perkara yang sia-sia.. Semoga Ramadhan kali ini membawa makna kepada kita semua...


Selamat Tinggal...

$
0
0

Terkenang lagi hari aku datang sini buat pertama kalinya... Disambut oleh orang yang aku langsung tak kenal, dia membawa aku ke satu tempat yang aku tak pernah pergi. Tanpa rasa ragu-ragu, aku mengikut dia yang aku tak kenal itu. Tempat itu pula, terlalu indah bagi aku, kerana segala-galanya di situ baru bagiku.

Oh, ini mengingatkan aku pada satu cerita. Cerita 'Alice in Wonderland' mungkin? Seekor arnab putih membawa Alice ke satu dunia lain, Wonderland. Begitu?

Haha.. berangan pula. tidaklah, sebenarnya ini kisah kali pertama aku datang ke Animasia untuk interview. Terletak di Bukit Jalil, jauh tu. Kedatanganku disambut oleh seseorang yang aku cuma tahu namaya melalui email, Mr Han. Manusia biasa, bukan arnab putih seperti dalam cerita. Tapi langkahnya yang laju menaiki tangga, dan keadaan kesihatan aku membuatkan aku tercungap-cungap menaiki tangga mengikut dia, Oh, ini seperti Alice mengejar arnab putih. Tapi, pemandangan yang aku lihat ketika menaiki tangga, pemandangan yang indah sekali. Hilang segala penatku.



Kemudian, aku diterima bekerja di Animasia. Aku amat terhutang budi pada Han dan Keat yang menerima aku. Segala-galanya yang aku pelajari di sini, semuanya baru bagiku kerana aku langsung tiada ilmu mengenai Animasi. Aku ni berlatarkan Seni halus. Namun, syukur sekali, mereka menerima aku dan sanggup mengajar aku. Wah, tempat ini lebih ajaib dari 'wonderland'.




Tuah badan agaknya, aku sempat menonton 'Bola Kampung The Movie' yang dihasilkan company ini walaupun aku tiada kaitan dengan proses pembuatannya.

 

Sudah tentu, aku beli DVD nya juga. 



Berkenalan dengan storyboard artist yang lain, memang satu pengalaman yang unik. Bayangkan, aku berada dalam kalangan mereka yang turut suka menonton kartun, seperti aku. Jika zaman belajar dulu, tidak ramai rakan-rakan yang menonton kartun. Sehingga aku rasa aku ni begitu kebudak budakan kerana minat kartun.

Storyboard artist, yang perempuan sahaja. (Ada lelaki, tapi tak ada gambar mereka.)
Dari kiri, Salmah, Wawa, Fiqa, Kama, Izzati dan Wardah.

Salmah adalah rakan sekelas minor aku dulu, 'Liberal Studies'. Dulu, ketika sekelas, aku langsung tak rapat dengan dia. Dia antara pelajar yang bijak dalam kelas dulu. Seganlah aku nak dekati dia. Hehe.. (jangan marah Salmah) Tapi, apabila kami sama tempat kerja, aku jadi rapat dengan dia. Malah aku gembira sebab, pelajar bijak pun meminati kartun! Jadi, aku dah tak rasa kebudak budakan lagi dah untuk meminati kartun.

Ini aku bersama Izzati

Izzati adalah rakan sekerja yang ada pengalaman lebih setahun dari aku. Masih muda, tapi terlalu hebat! Supervisor aku meletakkan aku di bawah tunjuk ajar Izzati. Jadi, segala ilmu mengenai storyboard, semuanya aku belajar dari Izzati. Aku tahu Izzati ada cita-cita yang tinggi. Aku juga ada impian tersendiri. Satu hari nanti, andai impian aku jadi kenyataan, pasti aku akan ingat Izzati saat aku capai impian tersebut. Terima kasih Izzati. Terharu...

Masa terus berlalu. Sampai satu saat, bagaimana pun, aku harus meninggalkan Animasia atas sebab-sebab peribadi.


Lukisan dari Izhan untuk aku sebagai ucapan selamat tinggal.

Izhan adalah jiran yang duduk di sebelah kanan aku dalam office. Hari pertama bekerja, aku dimarahinya kerana aku tak tahu tetapi tidak tanya. "Kalau tak tahu, tanya.." Begitu lah ayat dia. Tapi lama kelamaan, aku suka je bila dimarah dia. Sebab aku tahu, macam mana dia marah sekalipun, dia tetap tolong aku. Hehe.. Lukisan di atas ada maksud tertentu yang hanya aku dan dia faham. Terima kasih Izhan...




Lukisan ini pula dilukis oleh Rozali, jiran sebelah kiri aku dalam office. Rozali adalah pekerja paling muda dalam office tu. sebaya dengan adik aku. Aku dan Rozali jarang bercakap dalam office. Tak tahulah kenapa. Tapi jika di luar office, kami boleh bersembang dengan lancar. Aku betul betul suka lukisan ini. Terharunya..



Ini pula artwork Rash, jiran depan aku dalam office. Rash dan aku sudah berkenalan sejak dari UiTM lagi, tapi baru saja rapat apabila sama tempat kerja. Lukisan di atas adalah sempena satu perlawanan antara aku dan dia dulu. Rash adalah pesaing yang bagus. Aku memang banyak bersaing dengan dia. Tapi, sudah tentulah bersaing secara sihat. Tidakkah begitu? Semoga berjaya Rash...

Tempoh yang pendek untuk ku di Animasia Studios adalah saat-saat yang berharga bagi aku. Aku belajar pelbagai perkara di sini. Malah, diterima bekerja di sini buat aku rasa cita-cita masa kecil aku adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai.

Terima kasih semua yang mengajar aku, terima kasih semua kerana beri satu pengalaman baru untuk aku. Terima kasih kerana beri layanan yang baik sepanjang aku di sini.

Selamat tinggal Animasia...






Err... Selamat berkenalan Les Copaque?

Hari pertama di tempat baru

$
0
0
Aku tiba di sini awal satu jam dari yang sepatutnya. Ini kerana aku harus ikut waktu keluar rumah Umi aku. Namun, tiba awal bukanlah satu masalah. Baik awal dari lewat. Hari ini hari pertama aku akan bekerja di sini.

Berdirinya aku di depan bangunan Les Copaque, dengan muka serius sambil kepala mendongak ke langit, aku tertanya-tanya... Mampukah aku berikan yang terbaik untuk company ini? Err... ya, cerita ini dilebih lebihkan. Mana ada aku fikir sampai begitu. aku cuma fikir : "Macam mana nak masuk ke bangunan ini!!! Pintunya ada password!!!

Memandangkan tak dapat masuk, aku kembali ke kereta. Abah yang tolong menghantarku ke sini, masih menemaniku. Seketika kemudian, aku ternampak seorang lelaki berpakaian hitam. Tertera logo Les Copaque di pakaiannya. "Abah, sekejap ya.." Kata ku kepada abah lalu meninggalkan Abah dan berjalan menghampiri lelaki baju hitam itu.

Semakin aku menghampiri lelaki itu, semakin dia buat muka pelik. Terlupa memberi salam kerana terlalu gemuruh, aku terus bertanya: "Macam mana nak masuk sini?"

***

Arrghh.. Itulah kisah bagaimana aku memulakan hari pertamaku di sini. Rasa nak ketuk-ketuk kepala sendiri kerana salam pun boleh lupa beri. Rasa macam memberi  arahan, bukan meminta tolong.

Tapi selepas itu, segala-galanya berjalan lancar sehingga tamat waktu kerja hari ini. Amna, esok tolong jangan buat malu lagi.



Siapa yang merepek?

$
0
0

Hari-hari di bulan puasa ku, kebiasaannya berlalu begini....


Adikku, Diba, mengejutkan aku untuk bangun bersahur.









Setiap hari, tanpa disedari, aku selalu mengeluarkan ayat: "Apa Diba merepek ni?" dalam keadaan mamai. Cuma satu hari tu, agaknya bercampur dengan mimpi, aku cakap: "Apa Diba merepek ni? Nak lukis apa?"

Keesokan harinya, Diba ketawakan ku sepuas-puas hatinya... Sebenarnya, Diba atau aku yang merepek?

* Pada hari yang aku bangun sendiri tanpa dikejutkan Diba, aku rasa satu hariku tak lengkap. Sebab tak boleh cakap ayat:"Apa Diba merepek ni?"...


Ahli-ahli WLA

$
0
0



Lihat gambar di atas ini. Inilah doodle yang mewakili ahli-ahli dari group 'We Love Art' (WLA). Salah satu aktiviti WLA baru-baru ini adalah hasilkan doodle yang mewakili diri sendiri. Tak sangka ramai juga yang menyertai. Pelbagai rupa dan bentuk doodle boleh dilihat.

Aku menggambil beberapa doodle dari aktiviti tersebut dan kumpulkannya di dalam satu lukisan. Maka, terhasillah karya seperti yang di atas. Terasa meriah pula apabila melihat doodle-doodle kami dikumpulkan dalam satu lukisan.

Aku suka group 'We Love Art'!

*Dilarang ambil karya ini. Karya ini adalah hak cipta terpelihara setiap pelukis yang terlibat. 


Bangun Sahur

$
0
0
Baru-baru ini, kakakku, Ilham pula yang mengambil alih tugas kejutkan aku bangun Sahur.



Geram kerana aku tak juga bangun, muncullah idea konon hebat, semata-mata nak kejut aku.


Dia pasang lagu K-Pop!! Dia tahu aku cukup benci, anti, menyampah dan meluat dengan lagu-lagu K-Pop! Sebenarnya, cara dia berhasil. Memang aku dah terjaga dari tidur. Tapi memandangkan aku marah sebab awal-awal pagi telinga aku dicemari bunyi buruk ini, aku terus pura-pura tidur.


Akhirnya, dia geram dan berlalu pergi.



Gembiranya... terasa bagai kemenangan dipihakku. Muahahahahahaha.....


Sebenarnya, selepas itu aku terus bangun untuk Sahur. Saja je bangun lewat sikit, buat orang marah di pagi hari. Ehehe... 


*Bulan puasa semakin menghampiri ke penghujungnya. Sayang.. Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu.

Buat semua pembaca Gadis Misteri...

$
0
0

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Terima kasih kerana menyokong blog ini selama ini.


Raya 2013

$
0
0
Tahun ini aku beraya di Alor Setar, Kedah. Terlalu banyak perkara hendak diceritakan, jadi aku pilih untuk tunjuk gambar sahaja lah. Lagipun, setiap orang juga ada kisah raya masing-masing, tak perlulah aku cerita kisah raya aku kan? (Sebenarnya, malas nak taip) Lihat sajalah gambar-gambar. 

Laman rumah Tok, penuh dengan kereta. Anak cucu Tok pulang beraya.

Senyuman pagi Syawal

Bersama adik beradik dan sepupu. 

 Ilyas yang manja. Mendagu atas riba aku tu.

 Bersama Umi

 Apa hal dengan gambar ni?
Aku dan Tonah nampak seperti sedang bergaduh.
Haha..


 Keluarga aku



Aku, Dibah dan Tonah.



Muka bahagia dapat Teh kegemaran dari German.
Terima kasih tak terhingga kepada Kak Uda. Huhu...



 Aimi, Najaa, Amal, Aisyah dan Amna.
Sedang hafal skrip untuk persembahan lakonan malam kedua Syawal.


Persembahan tarian dari si kecil berlima ni,
Amna, Najaa, Aisyah, Amal dan Aimi.
Hebat, semua orang terhibur dengan gelagat mereka.


Jadi, bagaimana pula dengan kisah raya anda? Selamat hari raya semua....


Drama Pendek: Kisah Tiga Hidupan

$
0
0
Hai pembaca Gadis Misteri sekalian. Hari ini, aku sediakan sebuah drama pendek, untuk anda semua berfikir seketika. Selamat membaca!!!

*****

Pada zaman dahulu, ada dua sahabat. Sang Burung dan Sang Kucing. Mereka telah lama berkawan.



Pada suatu hari, muncul lah kekasih lama Sang Kucing. 


Konflik terjadi. Sang Kucing tersepit antara dua. Ada dua hati yang perlu dijaga oleh Sang Kucing.


Maka, Sang Burung ambil keputusan untuk pergi jauh dari Sang Kucing. Ini dapat membantu Sang Kucing yang tak boleh membuat pilihan itu.



Tamat....

*****



Ini ada beberapa nasihat yang boleh kita ambil dari cerita ini:



Baik, mari guna akal dan pendapat pembaca-pembaca sekalian. Jika anda ialah Sang Burung, adakah anda akan membuat tindakan yang sama seperti Sang Burung? Atau anda ada jalan lain yang lebih baik? Sila tinggalkan pendapat masing-masing.

Terima kasih...

Dia dalam kenangan...

$
0
0

Kehidupan hari-hari aku kini, menghadap budak berdua tu saja lah. Siapa budak berdua tu? Mereka adalah Upin dan Ipin. Budak tadika yang pelbagai ragam dan kerenah. Mereka tak nakal sangat. Baik dan patuh. Comel pulak tu. Jadi, rasanya tak ada masalah untuk aku terus berada di sini buat masa ini.


Namun, tak dinafikan... Adakalanya, aku akan terkenang pada Kris, watak dari tempat kerja lama ku. Watak? Kris bukan sekadar watak. Kris dan aku amat akrab. Kris ni nakal. Sangat nakal!!! Tapi dia sanggup buat apa saja demi kawan-kawan dia. Kris juga cool, kelakar, hebat dalam pelbagai perkara. Selalu buat aku terkejut dengan kebolehan dia. Dia boleh menunggang kuda, memanah, menaiki papan luncur, dia boleh buat apa saja! Hebat!!!


Tapi, macam mana aku rindu Kris sekalipun, aku tak akan berpatah balik. Ada sebab mengapa aku di sini. Jadi, Kris hanya tinggal kenangan sahaja lah buat aku.


Hehe.. Entri tak ada apa-apa. Saja  cari alasan nak lukis Kris je.


Lagu seram

$
0
0
Sambil-sambil aku bekerja, aku akan mendengar radio. Tiba-tiba, lagu Spider, 'Relaku Pujuk' berkumandang. Sebuah lagu lama. Aku sudah biasa dengar.. Tapi...


.. Tapi kali ini, lagu itu kedengaran seram. Sebaris liriknya, bagai terkena batang hidung.. "Enggan dipunya, dan dipenjara..."




Tapi paling menyeramkan adalah bahagian: "Kau kan tetap ku miliki..." Ye, seram. Berdiri bulu romaku seketika.



Huhu.. adakah keadaan seperti aku ini normal bagi mana-mana perempuan lain yang sebaya denganku? Umur sudah kian meningkat, rakan-rakan selepas sorang, sorang, mendirikan rumah tangga. Tapi aku belum mahu! Aku tak nak hilang kehidupan aku yang bebas mengejar impian sendiri..


(Nasib la Amna oii... Kita lihat sajalah apa akan jadi.)



Perbezaan antara Abby dan Kiddie

$
0
0

Hari ni aku ingin bercerita mengenai kucing. Topik yang menarik bagi bagi pencinta kucing, dalam masa yang sama, ia topik yang bosan bagi pembenci kucing. Betul tak? 

Aku memiliki tiga ekor kucing buat masa ini. Salah seekornya adalah Abby. Kucing berusia 5 tahun, sudah beberapa kali beranak, tapi buat masa ini hanya ada seekor anak yang tinggal bersamanya.

Sementara itu, di tempat kerja aku, ada seekor Kucing bernama Kiddie. Kiddie bukan kucing aku. Dia kucing salah seorang rakan sekerja aku. Tapi nampaknya semua orang di pejabat ku bersikap baik terhadap Kiddie.

Bagi mereka yang tidak mengenali kucing, semua kucing adalah sama. Tapi bagi yang sudah biasa membela haiwan ini, kita akan nampak perbezaan perangai kucing kucing ini. Aku sudah membela banyak kucing sehingga kini. Macam -macam perangai aku dah nampak. Ada yang bising, ada yang gedik, ada yang nakal, ada yang pendiam. Macam-macam lah ada.




Baiklah, sebenarnya, nak bercerita mengenai perbezaan Abby dan Kiddie. Abby ni, setia pada aku. Aku keluar rumah, dia setia menunggu depan pintu. Aku pulang ke rumah, dia sambut aku. Setianya dia kepada aku.






Berbeza dengan Kiddie. Disebabkan Kiddie bukan kucing aku, dia sentiasa mengabaikan aku. Tapi aku tetap mencarinya setiap hari. Sebab Kiddie ni sedap dipeluk. Maklumlah, gemuk.




Begitulah kisahnya. Si Abby setia kepada ku, tapi aku tetap mencari si Kiddie. Kiddie pula tak layan aku sebab dia setia kepada tuan dia. (Aku bukan tuan Kiddie)

Kesimpulannya, kucing setia terhadap tuannya. Tapi tuan kucing pula curang. Sentiasa cari kucing lain. Betul tak wahai tuan-tuan kucing di luar sana?

Post yang tak ada isi sangat pun. Tapi terima kasih bagi yang meluangkan masa baca. Jumpa lagi di entri seterusnya.

*Sedang demam ni. Sebab tu lukisan cincai.


Misteri Guli

$
0
0
Aku ada seekor anak kucing. Guli namanya. Masih kecil, berwarna hitam. Jantan, tapi diberi rantai berwarna merah jambu oleh aku. Harap kau membesar jadi gagah perkasa walaupun rantai merah jambu ya Guli? Salah satu keunikan Guli ni, terletak pada ekornya. Bagai pembaris sesiku L bentuk ekornya. Genab 90 degree lah. Memang semula jadi bentuk begitu. Tolong jangan kata aku yang patahkan ekornya.



Apa yang misteri tentang Guli ni, setiap kali malam menjelma, dia hilang. Jika malam hari, memang tak nampak batang hidung dan batang ekor dia lah. Ke mana dia pergi setiap malam? Soalan itu sering mengganggu ruang fikiranku. Ini bukan lawak bodoh, sebab dia hitam, jadi tak nampak di malam hari, bukan!! Bukan begitu. Memang dia tiada di malam hari. Adikku Najaa, yang berusia 12 tahun itu berkata: "Dia pergi Disko kot.." Tapi aku selaku tuan Guli, aku yakin benar Guli ku tidak sejahat itu.


Selepas berfikir, berfikir dan berfikir, aku rasa ada satu kemungkinan saja mengapa Guli hilang pada waktu malam. Sebenarnya, Guli adalah super hero. Dia pergi melawan kejahatan dan menegakkan keadilan pada waktu malam.


Hebat bukan Guli aku? (Berangan  pulak aku ni)


Doodle untuk The Beautiful Story

$
0
0



Curi-curi masa, aku sempat menyiapkan doodle untuk  Nursyaida Nasuha atau blognya The Beautiful Story.
Harap Nasuha suka. Ini sempena ulang tahun kelahiran Nasuha ya? Selamat Hari Jadi, semoga gembira selalu dan dimurahkan rezeki....

Biar aku kenalkan, Nasuha ni sepupu aku yang paling rapat. Rapat sudah seperti adik-beradik sendiri. Silalah lawat ke blog dia.


*Tiba-tiba tersedar sesuatu. Ini kali pertama aku buat doodle untuk orang. Doodle aku ni cincai je. Sebab aku suka style cincai (cakap je lah malas). Jadi, cincai-cincai pun, harap dia suka lah. Hehe...

Aku naik kuda

$
0
0

Pernah dalam post sebelum ini, aku menyatakan keinginan mahu sentuh kuda. Akhirnya, aku dapat sentuh kuda. Bukan sekadar sentuh, naik kuda pun dapat. Syukur Alhamdulillah... Kisahnya, semasa aku pulang ke Kedah masa hari raya baru-baru ini, Pak Su ku membawa aku dan saudara-saudara ku lihat kuda.


 Lihat! Teruna suka aku!!!


 Muka teruja menunggu giliran nak naik kuda.


 Kuda ni Bella namanya.
Gembiranya aku naik kuda, sampai aku rasa seperti aku ni masih kanak-kanak.


Sambil-sambil layan perasaan naik kuda, tahu tak apa yang aku rasa? Aku rasa diri ini bagai seorang Putera dalam kisah dongeng. Kacaknya aku...



*Lambat sangat Sang Putera mencari aku. Kan aku sendiri sudah jadi Putera. Nasiblah...


2 September 2013

$
0
0
2 September menjelang lagi. Bertambahlah angka dalam umur aku. Umur aku kini 23. Aku bukan jenis yang merahsiakan umur. Aku tak faham kenapa ramai orang merahsiakan umur. Kenapa ya? Alhamdulillah, azam untuk umur yang lalu sudah terlaksana. Iaitu mendapat pekerjaan yang sesuai dengan diri. Azam aku untuk umur kali ini, cuma satu. Aku mahu selamat menjalani pembedahan. 2 September di sini, cuaca hujan. Aku suka hujan. 






 Gambar di atas ini, adalah ucapan dari Izhan, rakan sekerja di tempat lama dahulu. Dia menggunakan watak kegemaran aku untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada ku. Aku suka sangat.

Terima kasih bagi semua yang mengucapkan selamat untuk aku dan mendoakan aku. Aku gembira. Bertemu lagi dalam post akan datang. InsyaAllah...




Viewing all 189 articles
Browse latest View live