Aku ada seekor anak kucing. Guli namanya. Masih kecil, berwarna hitam. Jantan, tapi diberi rantai berwarna merah jambu oleh aku. Harap kau membesar jadi gagah perkasa walaupun rantai merah jambu ya Guli? Salah satu keunikan Guli ni, terletak pada ekornya. Bagai pembaris sesiku L bentuk ekornya. Genab 90 degree lah. Memang semula jadi bentuk begitu. Tolong jangan kata aku yang patahkan ekornya.
Apa yang misteri tentang Guli ni, setiap kali malam menjelma, dia hilang. Jika malam hari, memang tak nampak batang hidung dan batang ekor dia lah. Ke mana dia pergi setiap malam? Soalan itu sering mengganggu ruang fikiranku. Ini bukan lawak bodoh, sebab dia hitam, jadi tak nampak di malam hari, bukan!! Bukan begitu. Memang dia tiada di malam hari. Adikku Najaa, yang berusia 12 tahun itu berkata: "Dia pergi Disko kot.." Tapi aku selaku tuan Guli, aku yakin benar Guli ku tidak sejahat itu.
Selepas berfikir, berfikir dan berfikir, aku rasa ada satu kemungkinan saja mengapa Guli hilang pada waktu malam. Sebenarnya, Guli adalah super hero. Dia pergi melawan kejahatan dan menegakkan keadilan pada waktu malam.
Hebat bukan Guli aku? (Berangan pulak aku ni)