Aku tiba di sini awal satu jam dari yang sepatutnya. Ini kerana aku harus ikut waktu keluar rumah Umi aku. Namun, tiba awal bukanlah satu masalah. Baik awal dari lewat. Hari ini hari pertama aku akan bekerja di sini.
Berdirinya aku di depan bangunan Les Copaque, dengan muka serius sambil kepala mendongak ke langit, aku tertanya-tanya... Mampukah aku berikan yang terbaik untuk company ini? Err... ya, cerita ini dilebih lebihkan. Mana ada aku fikir sampai begitu. aku cuma fikir : "Macam mana nak masuk ke bangunan ini!!! Pintunya ada password!!!
Memandangkan tak dapat masuk, aku kembali ke kereta. Abah yang tolong menghantarku ke sini, masih menemaniku. Seketika kemudian, aku ternampak seorang lelaki berpakaian hitam. Tertera logo Les Copaque di pakaiannya. "Abah, sekejap ya.." Kata ku kepada abah lalu meninggalkan Abah dan berjalan menghampiri lelaki baju hitam itu.
Arrghh.. Itulah kisah bagaimana aku memulakan hari pertamaku di sini. Rasa nak ketuk-ketuk kepala sendiri kerana salam pun boleh lupa beri. Rasa macam memberi arahan, bukan meminta tolong.

Semakin aku menghampiri lelaki itu, semakin dia buat muka pelik. Terlupa memberi salam kerana terlalu gemuruh, aku terus bertanya: "Macam mana nak masuk sini?"
***
Arrghh.. Itulah kisah bagaimana aku memulakan hari pertamaku di sini. Rasa nak ketuk-ketuk kepala sendiri kerana salam pun boleh lupa beri. Rasa macam memberi arahan, bukan meminta tolong.
Tapi selepas itu, segala-galanya berjalan lancar sehingga tamat waktu kerja hari ini. Amna, esok tolong jangan buat malu lagi.